Mengenai Kami
![]()
Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran (FMKK), Universiti Islam Selangor (UIS), merupakan pusat pengajian yang menawarkan program akademik dalam bidang teknologi maklumat, multimedia kreatif dan komputeran. Fakulti ini berkomitmen untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif dalam bidang ICT, selari dengan perkembangan industri digital yang pesat. Dengan sokongan tenaga pengajar berpengalaman serta kemudahan pembelajaran yang canggih, fakulti ini menyediakan pendidikan yang menyeluruh dan berteraskan nilai-nilai Islam, bertujuan membentuk profesional yang kompeten dan beretika dalam menghadapi cabaran dunia teknologi masa kini.
Sejarah Penubuhan
![]()
Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran (FMKK) di Universiti Islam Selangor (UIS) melalui beberapa fasa penubuhan, bermula sebagai Sekolah Pengajian Perniagaan (SPP) yang menawarkan program pengajian IT pada tahun 1999, sebelum berkembang menjadi Sekolah Teknologi dan Sains Informasi (STSI) pada tahun 2004 dengan fokus pada teknologi maklumat dan multimedia. Ia kemudian dinaik taraf menjadi Fakulti Teknologi dan Sains Informasi (FSTI) kemudiannya Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM) pada tahun 2012 dengan memperluas kursus dalam sains komputer dan teknologi, sebelum akhirnya dikenali sebagai FMKK pada tahun 2023 dengan tumpuan kepada bidang multimedia kreatif dan pengkomputeran.
